noorul's FotoPage

By: noorul aslamiah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 19-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Apa nak jadi manusia hari ini?

[b]Dari "Abdullah bin 'Amru bin 'Ash, katanya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:-" Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semua. (Shahih Muslim Ayat 2297)[/b]


Friday, 8-Aug-2008 04:59 Email | Share | | Bookmark
telatah izzah

 
 
 
View all 6 photos...
Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahsia

Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh... amin...


Untuk isteri.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkawinan
membuka tabir rahasia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah... amin...


Thursday, 7-Aug-2008 04:39 Email | Share | | Bookmark
pengalaman xcident

 
 
 
View all 4 photos...
setiap ape musibah yang berlaku mempunyai due maksud sama ade ujian atau bala.... ape yang berlaku hendaklar sabar. ade kebaikan disebalik kesabaran itu. Allah akan uji seseorg itu terlebih dahulu sebelum die memberi sesuatu yang lebih berharga.


Thursday, 7-Aug-2008 00:16 Email | Share | | Bookmark
Menanti Di Barzakh-Far East

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan


Wednesday, 6-Aug-2008 07:52 Email | Share | | Bookmark
pisang ajaib

 
 
 
View all 5 photos...
[b]pisang nie jumpa kat hospital mase nek sakit...tok ki yang jumpe...pisang hok mok ngoh bawak[/b].

"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
"Sebab minat biologi?", saya bertanya. Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4
dahulu. "Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk. "Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa
kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma" , saya menyambung provokasi.
"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari", saya terus mencucuk jarum. "Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.
Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan. Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan
dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif. Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada
cuti. Bukan calang-calang kerja. Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang?
Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama
saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan,
kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI
Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM
SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja
rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas
walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada
pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu
menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.
Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan
saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya
terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang
isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG.
Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber
kebencian.
Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah
sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita
terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan
berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau
boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan,
dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau
isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya
dan desakan nilai wang itu tadi.
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga,
berpisah
sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri
yang
bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara
Teluk.
Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum,
bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk
meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara
yang
menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan. .. tetapi output
daripadanya merunsingkan saya.
Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau
Pinang
atau Kuala Lumpur .
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya
ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan
anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali
setahun.
Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri
meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu
dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya dengan
bersuamikan
orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari
semasa
ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah
Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja
jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga.
Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka
yang
dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh
disandarkan pada nilai material?

NILAI - HARGA - KORBAN
Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga.
Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan
bagi
mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah
harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu?
Kehancuran
rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa...
itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang
dijadikan asas bekerja.
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan
menderita
pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya
ulang,
'mereka adalah generasi yang kesunyian'.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja
boleh
menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah?
Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut
di
dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.
Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini,
melatih
diri mereka dengan tabiat "Begin With the End in Mind". Lihatlah
apa
yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor
perubatan, jurutera dsb

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN
Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin
dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah
selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini,
tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di
mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin
pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri,
mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan
doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah
seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk
menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka.
Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah
Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang
disembah.
Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia
ciptaan-Nya,
kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini.
Ia
hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh
dengan
memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya
sekali
sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan
yang
paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi
kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah
kepada kita.



JIKA KERJA JADI IBADAH
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero
beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana
pun
di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak
tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas
perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara
terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
[youtube]


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net